Apa itu jeragat dan cara rawatannya?

Laser adalah salah satu bentuk rawatan untuk memudarkan parut hitam dan juga jeragat. Adakah anda tahu terdapat pelbagai jenis laser untuk merawat kulit, dan semestinya hanya doktor terlatih yang mempunyai lesen dalam bidang estetik sahaja yang dapat membuat pilihan sama ada anda sesuai atau tidak dengan laser tertentu. Anda seharusnya tidak mudah tergoda dengan iklan-iklan rawatan laser, sebaliknya berjumpalah dengan doktor dan berbincang berkaitan rawatan apa yang sesuai untuk jenis kulit anda.


Apa yang anda perlu tahu sebelum MEMbuat rawatan laser di klinik ?

  • Elakkan memakai skincare yang mengandungi retinol, acid peeling, eksfoliator, scrub dan wax sekurang kurangnya 3 hari sebelum anda datang ke klinik untuk membuat rawatan.
  • Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana sekiranya kulit anda “sunburn” doktor perlu memberikan masa untuk kulit anda pulih sepenuhnya sebelum rawatan ini dijalankan.
  • Sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan virus aktif seperti herpes, cold sore dan chicken pox, anda dinasihatkan untuk menunda rawatan ini sehingga sembuh.
  • Biasakan diri untuk menggunakan sunscreen secara regular sebelum membuat rawatan ini.
  • Carilah tempat untuk membuat rawatan di tempat-tempat yang berdaftar seperti klinik bagi mengelakkan komplikasi.


jenis-jenis laser


Terdapat pelbagai jenis laser yang digunakan dalam rawatan jeragat.

NdYag laser biasa digunakan untuk merawat masalah pigmentasi seperti jeragat, melasma, dan solar lentigo.

Laser bertindak terhadap melanin yang memberikan warna gelap pada pigmentasi dan seterusnya sistem badan kita akan membuang pigment tersebut.

Sebelum membuat rawatan, doktor akan memeriksa keadaan kulit untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Ini kerana doktor perlu memastikan itu adalah pigment dan bukan cancer kulit seperti melanoma. Kerana rawatan untuk setiap masalah adalah berbeza. Selain itu, doktor perlu menerangkan tentang prosedur rawatan dan berapa sesi rawatan yang diperlukan bergantung kepada keadaan kulit anda.

Rawatan Jeragat (Freckles) Menggunakan Laser


Langkah rawatan di klinik

  1. Pesakit perlu memakai “goggle” untuk melindungi mata sepanjang rawatan laser dijalankan.

  2. Krim kebas akan disapu pada sekitar kawasan kulit yang akan di rawat supaya pesakit berasa selesa dan tidak sakit.

  3. Sejurus selepas tamat rawatan, ice pack atau tuala sejuk akan diletakkan pada muka bagi meredakan panas di kawasan yang dirawat.

  4. Penjagaan rapi beberapa hari selepas rawatan laser amatlah perlu, seperti elakkan penggunaan pencuci muka yang mengandungi bahan seperti AHA dan BHA. elakkan mencuci muka dengan kasar dan elakkan menggaru pada kawasan yang dirawat menggunakan laser.

  5. Sepanjng beberapa sesi rawatan yang diperlukan, pesakit dinasihatkan untnk tidak terdedah kepada cahaya matahari dan penggunaan sunscreen adalah WAJIB bagi mengelakkan PIH (post inflammatory hyperpigmentation) iaitu parut hitam selepas mengalami keradangan kulit.

Rawatan Jeragat (Freckles) Menggunakan Laser


Selain daripada kaedah laser, terdapat juga rawatan lain untuk merawat masalah pigmentasi seperti “chemical peeling”. Sekiranya anda mahu membuat temujanji untuk berjumpa doktor, klik link di sini.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Click to chat!