Apa itu HIFU?

High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) adalah satu teknik rawatan menegangkan dan meremajakan kulit. HIFU merangsang penghasilan kolagen di dalam kulit melalui tenaga ultrasound. Renora Clinic menawarkan rawatan untuk mengetat dan menegangkan kulit melalui rawatan HIFU yang mampu memberikan hasil rawatan yang ketara tanpa menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa.

V SHAPE

Bagaimana rawatan HIFU berfungsi?

Mesin HIFU menggunakan teknologi ultrasound yang tidak sakit dan menggunakan teknik yang selamat serta berkesan untuk rawatan ke atas pesakit. Tenaga ultrasound akan melepasi permukaan kulit tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan pada kulit dengan kedalaman dan suhu yang tepat. Proses ini untuk merangsang tindak balas kulit untuk menghasilkan kolagen baru secara semula bagi mendapatkan dan mengekalkan semula keanjalan kulit.

Hanya satu sesi rawatan anda akan dapat melihat perubahan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk membuat rawatan sebanyak 3 kali bagi hasil yang optimum. Hasil yang ketara dapat dilihat dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas rawatan.

Masalah yang boleh dirawat menggunakan HIFU

  1. Kulit kendur.

Kolagen akan mula berkurangan apabila berlakunya peningkatan usia. Kulit akan menjadi kendur dan hilang keanjalan akibat terdedah terhadap cahaya matahari dan graviti menyebabkan ia kelihatan. HIFU menggalakan penghasilan kolagen dan elastin. Kulit akan mengetat secara perlahan-lahan menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan muda.

2. Lingkaran bawah mata (Eyebag)

Eye bag dan lingkaran kedutan bawah mata merupakan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan, yang sering dihadapi oleh individu berumur lebih daripada 20 tahun. Masalah ini tidak dapat dielakkan dan berlaku secara semula jadi apabila seseorang itu telah mencapai usia tertentu. Antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini adalah tidur tidak mencukupi dan kurang bersenam. Ini menyebabkan kulit di bawah mata meregang dan membentuk kedutan atau lingkaran hitam.

EYEBAG

3. Perubahan bentuk muka

Dengan menggunakan teknologi rawatan menegangkan kulit terkini, rawatan HIFU dapat membantu memperbaiki bentuk muka dengan menegangkan bahagian muka tertentu. Rawatan HIFU dilakukan pada pipi, dan mampu menjadikan tulang pipi anda lebih tinggi. Rawatan sama dilakukan untuk menaikkan kulit dibahagian bawah dagu dan menjadikan dagu berlapis anda kurang kelihatan. Lama kelamaan, ia akan hilang sepenuhnya.

Lokasi rawatan HIFU?

Jika anda ingin mendapatkan rawatan HIFU atau rawatan menegangkan kulit bersama doktor yang diperakui sah, sila hubungi kami untuk khidmat nasihat. Para doktor kami akan membantu menyelesaikan masalah kulit anda dan menentukan jenis rawatan yang bersesuaian. Untuk info lebih lanjut, anda boleh klik di sini

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Click to chat!