Apakah itu rawatan cair lemak?

Suntikan mesolipo adalah rawatan kontur badan di mana prosedur ini boleh dilakukan secara ringkas di klinik atau selepas konsultasi daripada doktor. Ia lebih baik daripada liposuction kerana ia adalah prosedur yang kurang invasif dan mengeluarkan hasil yang optimum. Suntikan ini terdiri daripada lesitin dan enzim soya semulajadi dan akan disuntik di kawasan yang lebih kecil untuk menyasarkan lemak subkutenus.

Ubat yang dimasukkan akan memecahkan simpanan lemak di bawah kulit anda. Hasil pengurangan lemak dan penurunan berat badan akan mengambil masa kira-kira 3-4 minggu, pada masa itu tubuh anda akan menghilangkan lemak secara semula jadi tanpa memerlukan pembedahan. Suntikan cair lemak adalah pilihan terbaik dan selamat untuk menghilangkan lemak yang berlebihan.

Di bahagian badan yang manakah boleh dirawat dengan rawatan mesolipo?

Rawatan ini memberi tumpuan kepada kawasan yang lebih kecil seperti :-

  • Abdomen
  • Lengan atas
  • Paha
  • Double chin atau lemak submental
  • Lemak belakang
  • Punggung (sebelah atau bawah)

Kelebihan rawatan mencairkan lemak :

Selain memberikan hasil yang lebih menakjubkan berbanding penyedutan lemak serta kurang invasif, rawatan mencairkan lemak ini menjadikan pilihan kerana :

  • Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan ubat kebas
  • Cepat untuk sembuh dan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian selepas tamat rawatan
  • Harganya lebih murah berbanding pembedahan
  • Mengembalikan bentuk dan kontur badan
  • Mengurangkan selulit dan mengembalikan kecantikan kulit

Kesan sampingan rawatan memecahkan lemak :

Seperti yang dimaklumkan, rawatan ini harus dilakukan di klinik dan sekurang-kurang empat sesi rawatan diperlukan bagi membuang lemak. Walaupun rawatan injection “fat melting” ini mudah untuk dilakukan, tetapi terdapat beberapa kesan sampingan atau kesan suntikan mesolipo yang akan hilang dalam beberapa hari seperti kulit menjadi bengkak, lebam dan sakit.

× Click to chat!