Cara menggunakan retinol dengan betul adalah amat penting. Ini kerana jika ia digunakan secara tidak teratur boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan yang tidak diingini seperti iritasi pada kulit.

APAKAH ITU RETINOL? DAN APAKAH KELEBIHAN DAN KESAN SAMPINGAN PEnGGUNAANNYA?

  • Retinol adalah derivative atau bahan aktif daripada Vitamin A.
  • Fungsi utama Retinol adalah untuk merawat jerawat, namun begitu Retinol juga telah dibuktikan berkesan sebagai agen anti-penuaan.
  • Cara penggunaan Retinol yang betul perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti iritasi pada kulit.
  • Retinol mampu merangsang penghasilan kolagen dan meningkatkan proses “salin kulit” atau “increase cell turnover” dimana kulit mati digantikan dengan kulit baharu yang lebih sihat. Kulit baharu ini dapat berfungsi dengan lebih efisien dan dapat menjadikan kulit tampil lebih halus dan bersinar.

APAKAH PERBEZAAN RETIN-OL DAN RETIN-OID?

  • Retinol yang boleh didapati secara atas kaunter atau “over the counter (otc)” biasanya adalah dalam bentuk Retinyl Palmitate, Retinol, dan Retinaldehyde.
  • Manakala Retinoid seperti Adapalene,  Tretinoin dan Tazarotene memerlukan preskripsi daripada doktor bertauliah kerana ia adalah ubat terkawal dan hanya kes tertentu seperti jerawat disarankan untuk menggunakannya. Kandungannya lebih kuat, dan dapat menunjukkan kesan yang lebih cepat berbanding Retinol. Namun begitu, risiko untuk terjadinya iritasi adalah lebih tinggi.


KELEBIHAN RETINOL :


1. Berkesan untuk mengubati jerawat.

  • Ini kerana Retinol boleh membuka liang pori supaya ubat lebih mudah diserap. Selain itu, Retinoid juga mampu bertindak sebagai anti-keradangan, mengurangkan inflamasi dan juga dapat menghindarkan pembentukan jerawat baru kerana ia dapat mengurangkan penghasilan minyak pada permukaan kulit.

2. Mengurangkan Garis Halus.

  • Retinol juga mampu untuk mengelakkan dan mengurangkan kesan garis halus atau juga dipanggil “fine lines” dengan meningkatkan penghasilan kolagen di dalam kulit. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan bintik hitam kesan daripada pendedahan berlebihan terhadap sinaran ultraviolet (UV) matahari.

3. Tekstur Kulit Yang Lebih Lembut.

  • Retinol dapat menghindarkan pembentukan milia dan mengurangkan pengumpulan sel kulit mati. Ini kerana ia meningkatkan penghasilan sel-sel kulit baharu yang lebih efektif dan seterusnya menjadikan kulit lebih licin dan mulus.


KESAN SAMPINGAN RETINOL :

Adakah anda tahu bahawa Retinol mempunyai banyak kesan sampingan sekiranya tidak digunakan dengan cara yang betul? juga sekiranya anda tidak memakai sunscreen? Berhati-hati dan pastikan anda menggunakan retinol dengan cara yang betul.

Beberapa kesan sampingan Retinol :

  • Kulit menjadi kering dan berlaku iritasi.
  • Kulit lebih sensitif terhadap sinar matahari.
  • Kulit menjadi sensitif, kemerahan, mudah mengalami sunburn.


CARA MENGGUNAKAN RETINOL DENGAN BETUL BAGI MENGELAKKAN IRITASI


1. Mulakan dengan menggunakan “mild retinol”

  • Sekiranya anda baru hendak mencuba menggunakan retinol, mulakan dengan Retinol over the counter yang biasanya terdapat di dalam produk skincare. Mulakan dengan konsentrasi yang rendah atau mild. Elakkan dari terus menggunakan Retinoid atau Retinol berkepekatan tinggi.

2. Pakai hanya SEKALI dalam seminggu.

  • Gunakan hanya SEKALI sahaja dalam masa 7 hari, dan lihat sekiranya terjadi iritasi atau kesan sampingan seperti kulit kering dan pedih. Sekiranya tiada masalah, anda boleh meningkatkan kekerapan pemakaian Retinol kepada dua kali dalam seminggu dan seterusnya selang dua hari. Anda disarankan untuk memakai Retinol sebanayak 3 kali dalam seminggu setelah itu.

3. Gunakan pada waktu malam.

  • Retinol disarankan untuk digunakan waktu malam kerana kulit akan menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari selepas penggunaanya.

4. Jangan Gunakan bersama-sama bahan yang tidak sesuai.

  • Anda disarankan untuk tidak memakai Retinol bersama produk yang mengandungi bahan-bahan exfoliative sperti AHA dan BHA dan juga Benzoyl Peroxide.
    • Ini kerana campuran Retinoid dengan ketiga-tiga kandungan tersebut berisiko menyebabkan kulit menjadi kering, mengelupas, dan iritasi.
    • Anda dinasihatkan untuk menggunakan bahan-bahan ini pada waktu yang berbeza.

5. Jangan Gunakan pada kulit yg basah dan lembap.

  • Keringkan kulit sebelum anda memakai Retinol . Ini kerana kulit yang basah dan lembap akan menyebabkan Retinol diserap dengan lebih banyak dan boleh menyebabkan risiko iritasi kulit yang lebih tinggi.

6. PENTING! Hentikan pemakaian Retinol sekiranya anda mengandung.

  • Oral Isotretinoin yang juga merupakan derivative Retinol dan Retinoid boleh menyebabkan kecacatan pada janin sekiranya diambil semasa mengandung.
  • Bagi penggunaan topikal pula, ianya tidak dapat dibuktikan jumlah peratusan Retinol yang akan diserap ke dalam salur darah di bawah permukaan kulit. Oleh itu, ibu-ibu yang mengandung atau merancang untuk mengandung disarankan untuk menghentikan sebarang penggunaan topikal Retinol bagi mengelakkan sebarang risiko kepada kandungan.
“Anda dinasihatkan untuk membaca label kandungan dan arahan penggunaan setiap skincare anda dengan lebih teliti selepas ini.
Sekiranya anda telah mengikuti langkah-langkah diatas dan masih terjadinya iritasi, segeralah berjumpa doktor yang terdekat untuk mendapatkan konsultasi.”

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Click to chat!