5 sebab rambut gugur

"dan RAWATAN KEGUGURAN RAMBUT DI RENORA CLINIC"

Keguguran Rambut boleh berlaku pada lelaki dan wanita
Keguguran Rambut boleh berlaku pada lelaki dan wanita

Pernahkah anda mendengar bahawa rambut adalah dianggap sebagai mahkota bagi seseorang? Ini kerana rambut adalah merupakan suatu sifat fizikal yang dibawa dan boleh dinampak oleh orang-orang di sekeliling kita. Seringkali, seseorang pasti akan memastikan penampilan rambutnya tersusun kemas sebelum keluar ke tempat orang ramai bagi menunjukkan imej yang terbaik di samping berasa selesa dan yakin dengan penampilan dirinya.

Walaubagaimanapun, dengan peningkatan umur dan perubahan gaya hidup, seseorang mungkin mula mengalami masalah keguguran rambut.

Bagi mengetahui bagaimana keguguran rambut boleh terjadi, mari kita fahami tentang proses pertumbuhan rambut.

4 FASA proses PERTUMBUHAN rambut :

  1. Fasa Pertumbuhan (Anagen) : Dalam fasa ini, folikel rambut akan menolak rambut keluar supaya berterusan tumbuh.
  2. Fasa Transisi (Catagen) : Folikel rambut mulai mengecut, akar rambut tercabut dari folikel. Tetapi, pada fasa ini rambut belum gugur.
  3. Fasa Rehat (Telogen) : Rambut mulai berhenti tumbuh. Folikel baru mulai tumbuh pada fasa ini.
  4. Fasa Gugur (Exogen) : Rambut mulai gugur, dan menjadi lebih ketara terutamanya selepas mencuci atau menyikat rambut.

5 PUNCA KEGUGURAN RAMBUT :

  1. Hormon – Masalah tiroid , androgenic alopecia, perubahan hormon selepas melahirkan anak
  2. Penyakit Autoimmune : Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Scalp Psoriasis
  3. Jangkitan Kuman / Kulat : Penyakit kurap kepada (Tinea Capitis), Sifilis
  4. Ubat-ubatan : Kemoterapi, oral kontrasepsi, ubat depresi, ubat cair darah (warfarin) dan sebagainya.
  5. Gaya Hidup (Lifestyle)  – Tekanan perasaan (stress), pemakanan yang tidak seimbang, merokok, tidak cukup tidur

rawatan kegururan rambut di renora clinic

Renora Clinic terkenal dengan rawatan rambut gugur untuk lelaki dan wanita.

Salah satu rawatan yang terkenal di Renora Clinic adalah dengan menggunakan Laser bagi menggalakkan pertumbuhan rambut.

Kesan dan hasil yang berkesan membuatkan Renora Clinic berjaya merawat lebih daripada 5,000 orang yang mempunyai masalah rambut gugur.

Para doktor yang berpengalaman merupakan salah satu faktor mengapa ramai yang mendapatkan rawatan rambut di Renora Clinic.

Rawatan yang disediakan adalah :

1. Fotona Hair Regrowth Laser yang merangsang folikel rambut bagi menghasilkan rambut yang tebal dan kuat. Rawatan ini dilakukan sekurang-kurangnya 6 sesi dengan jarak selama 2 minggu bagi setiap sesi.1. 

6 kelebihan rawatan fotona hair regrowth laser

  • Tidak sakit dan tiada sebarang suntikan.
  • Tidak memerlukan ubat tahan sakit atau ubatan yang lain justeru menyebabkan ia terkenal dikalangan wanita yang menyusu bayi (breastfeeding).
  • Tiada kesan sampingan.
  • Hanya memerlukan 8 – 10 sesi rawatan untuk mendapatkan hasil yang optimum.
  • Tiada had untuk melakukan rawatan ini (dibenarkan sekiranya anda ingin melakukan lebih daripada 10 sesi)
  • Menggunakan mesin laser Fotona yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai bukti secara klinikal dan selamat.

2. Rawatan Meso Hair  

Rawatan Meso Hair melancarkan aliran darah dan kulit kepala dan merangsang saiz folikel rambut bagi menghasilkan rambut yang lebih tebal, Rawatan ini dibuat setiap 2 minggu selama 8 minggu.

kelebihan rawatan meso hair

  • TidMenggalakkan pertumbuhan rambut dan folikel rambut yang sihat.
  • Boleh dilakukan secara kombinasi dengan rawatan Hair Regrowth Laser
  • Kesan yang ketara selepas 8 – 10 sesi.
  • Tiada kesan sampingan.
× Click to chat!